Sertai Sukarelawan Team Ikhlas

Pengenalan

Yayasan Ikhlas telah menubuhkan ‘Team Ikhlas’ yang merupakan salah satu inisiatif khusus bagi generasi Y bagi menjana modal insan melalui penyediaan tenaga pemimpin sukarelawan yang bertindak sebagai ‘Role Model’ dan tenaga pemimpin kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela di kalangan generasi muda masa kini.

Pendekatan Yayasan Ikhlas yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan melahirkan pemimpin-pemimpin kesukarelaan tahap tinggi dengan menumpukan kepada Misi Kemanusian dan Khidmat Komuniti dan gerak kerja Yayasan Ikhlas.

Sukarelawan Yayasan Ikhlas yang dipanggil sebagai Team Ikhlas adalah satu kumpulan yang dikumpulkan dari seluruh Malaysia demi membantu setiap misi yang telah dan akan digariskan oleh Yayasan Ikhlas. Misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir, mangsa kebakaran dan lain-lain akan dibantu secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kudrat tenaga Skuad Ikhlas.

1. Training of Trainer (TOT) Sukarelawan
2. Jamuan Team Ikhlas mengikut cawangan
3. Bantuan Banjir 
4. Bantuan Gelandangan
5. Lawatan ke rumah orang-orang tua dan anak yatim

Hubungi kami

Ikuti kami

© Hakcipta Team Ikhlas 2021 · Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)